Sunday 25 October 2015

Minta Maaf

Assalamualaikum and hai ! Dina nak mohon maaf dari semua orang sebab dah lama tak update blog ni. Sebelum UPSR memang Dina sibuk, Dina kena ulang kaji, buat kerja rumah dan latihan. Dina memang ada teringat nak update blog tapi sifat malas tu tiba-tiba muncul. Huhuhuhu.... Jangan marah yaaa... Berita terbaru sekarang Dina dah habis menjawab peperiksaan UPSR sebulan yang lalu. Alhamdulillah Dina dapat jawab itu pun ada beberapa soalan yang lama masa yang diambil untuk menjawab. Pada 16 November 2015 akan keluarlah keputusan peperiksaan UPSR Dina. Dina nak minta satu perkara saja iaitu tolong doakan Dina dapat 5A. Sekarang memang seram kalah cerita hantu. Dina dah mohon Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM. Tarikh tutup pemohonan dah makin hampir jadi kawan-kawan Dina yang ambil UPSR pada tahun ini kalau belum mendaftar cepat cepatlah daftar. Takut nanti bila lambat daftar lawan web tu jammed. Dapat ke tak 5A tu belakang cerita yang penting dah mendaftar. Sebelum Dina terlupa pada tarikh 31 Oktober ni sekolah Dina akan mengadakan Hari Sukan Tahunan Sekolah. Dina masuk acara perbarisan je. Dina sedar Dina ni bukannya aktif sukan sangat punn... Huhuhuhu.... Harap-harap tahun ni rumah sukan Dina iaitu Rumah Hijau akan menang ! Hidup Hijau !! (Warna kegemaran Dina pun hijau. Suratan atau kebetulan ? Cewahh !) Akhir tahun ni Dina busy sangat-sangat. 4 November nanti Dina ada majlis graduasi, excited gila Dina ! Rombongan ke Kedah dan Perlis bagi murid tahun 6 akan diakan pada 7,8,9 November. 3 hari 2 malam lah tak jumpa ibu bapa. Takpe takpe, ni namanya persediaan kalau masuk asrama tahun hadapan. In Shaa Allah dapat masuk, amin... I'm so excited for the trip (bajet speaking jappp) Dina dah tak sabar untuk masuk tingkatan 1. Tahun depan akan mulalah fasa baru dalam kehidupan Dina..... Terima kasih kerana sudi membaca celoteh Dina pada entry kali ini. Selamat berhujung minggu ! :D

No comments:

Post a Comment