Friday 17 October 2014

Big Bad Wolf

Assalamualaikum ! Kan Dina ada cerita yang Dina nak pergi Big Bad WolF ( BBW ) . Memang tak rugi pergi sana. BBW ada sale kat Rapid Seremban 2. Dia beli dua buku saje sebab mak Dina kata bajet bawah RM20. Satu buku RM8 dua buku dah RM16. Kalau beli lagi satu dah RM24. lebih RM4 daa..  Dina beli buku Amped Daniel H.Wilson dan The Fifth Circle Of Heck Dale E.Basye. Dina baru habis baca buku Amped. The Fifth Circle Of Heck masih dalam proses. Kalau ada sale BBW jangan lupa pergi tau kalau korang tak pergi korang telah melakukan kesilapan yang paling besar ! Hanya gurauan semata-mata. Hehehe~ Kalau nak gambar Dina belum download lagi kat komputer, gambar tu ada kat handphone mak Dina. Masa Dina peri BBW tu Dina nampak banyak orang berebut-rebut (termasuk Dina) nak beli buku. Rambang mata buatnya, kalau ikutkan hati satu gudang tu Dina borong (kalau boleh laa). Ada yang bertingkat-tingkat buku dia. Nak ceritalah promosikat BBW tu memang kebabom. Bayangkan buku yang berharga RM51 boleh dapat RM8. Memang hebat kebabab0m ! Dina sebenarnya nak cari buku Hunger Games ia ada tiga buku dalam satu set. Dina nak baca Hunger Games yang ketiga Mockingjay. Ermmm.. Takpelah Dina tunggu movie keluar. Sabar je lah ! Lepastu Dina dapat penanda buku BBW bertulis Marvelous Minangkabau. Terbaik ...~

Sunday 28 September 2014

Apa-apa Saje

Assalamualaikum ! Dina ada jumpa satu page lawak bahasa inggeris. Memang lawak lahh.. !! Rugi kalau tak tengok. Nama dia 9GAG.com kat FB pun ada. Lagi satu laman web untuk main game lak iaituY8.com , Kongerate.com dan FWG.com. Dan jangan lupa like page dina kat FB iaitu Prof.Dina kat page tu banyak Dina postkan gambar-gambar yang lawak. Page tuh Dina buat sendiri tau. Untuk pengatahuan semua blog ni Dina buat sendiri tak ada sesapa yang tolong. Dina cuma belajar tutorial nak cantikkan blog dekat blog orang lain yang lebih master dari Dina. Tu jee.. Penat kot nak buat blog nii... Huhh~ Kurang 3 kg (duduk depan komputer jee) Nampak sangat membongak 3 kg kurang. Kan kan kan .. :P  Hari ni hari Ahad Dina tak ada plan sangat tetiba Dina nak beli buku cerita. Cadangannya nak pergi Big Bad Wolf kat Rapid Seremban 2. Tak sabar !! Banyak dah tajuk yang Dina nak beli contohnya Diary Of The Wimpy Kid dan cerita hantu BI. Kena banyak membaca buku BI untuk meningkat penguasaan BI. Periksa selaras 2 Dina dapat BI 78% 2 markah je lagi nak dapat BI A. Sipi-sipi dipidi jee.. Oh ya lagi 1 Dina pakai cermin mata lain sebab Dina pergi checkup mata doktor kata power mata Dina dah menurun. Sebab perubahan kornea mata. Camtuu lahh Dina bukan faham sangat pun.. Hohoo.. Nanti ada masa Dina post a,bar yang ,enarik ehh.. :D

Lagu Hit

Assalamualaikum. Jadi Dina dah lama tak bukak blog sebab tak ada masa. Kesiann... Baru darjah 5 dah tak ada masa kalau darjah enam macam mana lahh ehh..? Ok Dina nak umumkan pemenang Lagu Hit bagu bulan 7 dan 8 jatuh kepada.......In Summer oleh Olaf Frozen !!! :D

Thursday 5 June 2014

Pemenang Lagu Hit

Lagu Hit ni adalah pemenang bagi bulan 5 dan 6. Lagu ni memang best. Pemenangnya ialah..........................JULIA nyanyian Exist.

Apa-Apa Saje.

Yeaa!! Cuti 3 minggu !! Tapi jarang dapat bukak blog. Sebab Dina dah ketagih baca cerpen dekat penulisan2u.my. Best cerpen dia ..! Cubalah bukak. Minggu ni minggu yang ke-2 bercuti. Lagi 1 minggu dah habis cuti. Nasib baik cikgu kasi kerja sekolah sikit jee..~ Kalau kerja sekolah banyak tak dapat lahh  Dina bukak internet langsung. Ish..ish...ish... Kesian.....~ Haaritu Dina ada balik kampung. Best !! Dina ngan sepupu main sorok-sorok barang. barabg Dina kena sorok ka atas pokok. Tak patut kan ?? Dina sorok barang sepupu Dina dekat tikar. Sepupu Dina barang dia kena sorok dekat dalam kotak. Rupanyaa kotak tu dekat jee tapi tak perasan. Haaa... lagi 1 hari Isnin tuu Dina ngan keluarga pegi KL. Dina pergi kat SOGO. Tapi barang yang dicari tak jumpa. Rupanya kat sini pun ada jual daaa... Dina beli kasut Umbro. Cantik !!! Dina beli kat Al-Ikhsan. Dekat FB ada game best Dina suka main game tuhh. Nama game tuhh 'Papa Pear Saga'. Sekali main mesti rasa nak main lagii... Hehehehe..~

Saturday 3 May 2014

PKBS 1

Dah lama tak bukak blog. Banyak sangat kerja sekolah yang cikgu bagi. Dina ada dua buku skrap yang tertangguh. Ish 3x. 5 Mei 2014 Dina aka menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun atau PKBS 1. Takutnyaaaaa.......Walaupun dah buat banyak ulangkaji tapi rasa macam tak cukup jee.. Paling takut kertas BM Pemahaman dan BI Kertas 1. Ok lah sampai sini sahaja post Dina, sebab Dina nak cari maklumat untuk membuat buku skrap. Pendek jee kann.. Tak pe nanti Dina akan post panjang berjela-jela cuti 3 minggu nanti. :D

Saturday 12 April 2014

Lagu Hit

Dina nak ummkan Pemenang Lagu Hit bagi bulan 3 dan 4 ialah  lagu yang sama..... Jadi pemenangnya jatuh kepada ..... Banana and Potato nyanyian daripada Minions. Dipersembahkan...

Koleksi Gambar

Dalam post ini Dina akan post gambar yang banyak untuk semua pembaca blog ini.                              
rakun Dina
model kolam

Friday 28 February 2014

Dina nii Macam-Macam Lah..

Dah nak dekat bulan 3. Dina dah tak sabar nak umumkan pertandingan Lagu Hit. Kesian Dina tak ada masa nak "update" blog. Kerja sekolah tinggi macam Gunung Kinabalu Penat macam Semut angkat Manusia mengantuk macam Panda mata Hitam Boring macam Tengok awan Bergerak. Banyak betul perumpamaan Dina nihh.. Ish 3x. 17 MAC 2014 Dina ada Peperiksaan Selara Dua Laras Peluru....Hhehehe... Mana adalah sebenarnya Peperiksaan Selaras 1. Nasib baik sekolah buat sebelum cuti kalau tidah mesti waktu cuti penat nak ulangkaji. Minggu depan hari Rabu kelas Dina ada buat persembahan bagi Bulan Bahasa Melayu. Seorang baca sajak, seorang main gitar dan selebihnya(termasuk Dina) menynayi lagu "Masihkah Kau Ingat". Tok saba dah kawe.. Hok aloh gapo dioo ! Haii... Sebelum Dina lebih merapu, berjumpa kita di lain post. p/s :tajuk diambil daripada Bocey iaitu "Aznil macam-macam lahhh" (MLM 2013) Dina always Happy !                    

Friday 14 February 2014

Pemenang Lagu Hit

Pemenang Lagu Hit jatuh kepada Le it Go & Love is Open Door diaptasi daripada cerita Frozen (Copyright2014) Hahaha!! Semoga terhibur !! :D

Monday 10 February 2014

Tips Hilangan Sakit Tekak

Assalamualaikum kepasa semua pembaca blog nii.. Dina sibuk sangat bila dah masuk darjah 5. Malam-malam wajib buat kerja sekolah. Nasib baik hari ni Dina dah siapkan kerja sekolah. Yeaaa !!  Berita terkini tak ada yang gempak. Tapi Dina nak share tips-tips hilangkan sakit tekak sebab sekarang ni musim orang sakit tekak sebab cuaca panas.                                                                                                                     1. Minum ais asam jawa (Dina beli jee)                                                                                                       2. Makan bunga cengkih makan sikit jeee (kalau nak perisa letak gula sikit)                                                 3. Banyakkan minum air kosong (Sendiri cakap sndiri tak buat)                                                                   Itu sahaja...Kalau tak elok juga sila pergi jumpa doktor..!! :D

Tuesday 14 January 2014

Let It Go Lyric-Frozen


The snow glows white on the mountain tonight
Not a footprint to be seen
A kingdom of isolation, and it looks like I'm the Queen
The wind is howling like the swirling storm inside
Couldn't keep it in; Heaven knows I tried
Don't let them in, don't let them see
Be the good girl you always have to be
Conceal, don't feel, don't let them know
Well now they know
Let it go, let it go
Can't hold it back any more
Let it go, let it go
Turn away and slam the door
I don't care what they're going to say
Let the storm rage on
The cold never bothered me anyway
It's funny how some distance
Makes everything seem small
And the fears that once controlled me
Can't get to me at all
It's time to see what I can do
To test the limits and break through
No right, no wrong, no rules for me,
I'm free!
Let it go, let it go
I am one with the wind and sky
Let it go, let it go
You'll never see me cry
Here I stand
And here I'll stay
Let the storm rage on
My power flurries through the air into the ground
My soul is spiraling in frozen fractals all around
And one thought crystallizes like an icy blast
I'm never going back, the past is in the past
Let it go, let it go
And I'll rise like the break of dawn
Let it go, let it go
That perfect girl is gone
Here I stand
In the light of day
Let the storm rage on
The cold never bothered me anyway.

HB

Hari ni Maulidur Rasul dan birthday Dina. Malam tadi Dina makan kek dekat Secret Recipe. Dina order Cholate Foundage dan Bonda pilih White Cholate. Sedap ...! Dina ngan ayah order air Hot Cholate. Sungguhlah berlemak makanan di situ. Kedai tu ada kat Senawang, cabtik dia punya decoration. Dalam dia sejuk bukan main. Dina cool and steady jee... Gambar tak ada sebab tak kan lah Dina nak bawa kamera semata-mata nak amik gambar. Hari ni Dina kemas almari. Tak ada benda special nak buat. Akhir kata saya mengucapkan Selamat Harijadi Wardina Aqilah !!

Saturday 11 January 2014

Post dan Gambar

Sudah darjah lima sudah sibuk. Tak dapat online selalu. Penatnyaa.... Tadi petang Dina makan roti jala dan minum milo ais di Stadium Tuanku Abdul Rahman. Best.. Dina jumpa saudara kat sana yang kebetulan minum kat sana. Sian blog ni dah ada iklan merapu di sekeliling. Tak tau macam mana nak buat dah. Tadi dina buat donut. Tapi belum siap lagi...Dina dah tengok cerita Beelzebub tu sampai habis.. Episod 60.... Tu jee lah citer Dina.. Bersama ni Dina selitkan beberapa gambar.. :D (akhir sekali gambar Dina masa kecik)



Sunday 5 January 2014

Promote

Hari ni Dina nak tengok abang Dina dekat asrama dorang. Lepas Dina dah post ni Dina nak tengok cerita Beelzebub dekat Anime44.com. Harap-harap ada ramai lagi orang yang blogwalking dan singgah disini. Dan jangan lupa tengok blog sepupu Dina iaitu http://akwaawesome.blogspot.com. Blog dia lebih kepada cerita di asrama dia dan juga cendurung kepada K-pop. Dia peminat kumpulan Beast. Kalau bukak FB jangan lupa like page Prof.Dina tauu.. Post kali ni lebih kepada promote. Ni salah satu watak dalam Beelzebub.

Saturday 4 January 2014

Macam-macam 2014

Dah lama tak tulis sebab Dina tak boleh sign in. Pening dahh Google ni..  Yehh dah 2014.. !! Dina dah darjah 5. First Day dah ada kerja sekolah.  Siap kerja sekolah dan basuh kasut boleh laa main komputer. Dan lagu terbaru yang Dina suka ialah Cholate Cake. Dina fikir nak buat "Lagu Hit" Dina akan buat setiap bulan. Bulan dpan nantikanlah lagu apa yang Dina suka. Siapa yang nak cadangkan boleh komen di bawah !