Thursday 17 March 2016

Pengalamanku di SGS

Assalamualaikum dan hai semua ! Virus malas menyerang menyebabkan Dina tak update blog. Jadi walaupun berita ni dah dikira lapuk Dina nak bagitau semua pembaca yang Dina dapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Alhamdulillah and yeahh !!! Dina mohon MRSM dan SBP. Pada 14 Disember 2015 yang lalu Dina menghadiri interview di MRSM Serting. Pada hari yang sama keputusan SBP telah keluar. Pagi pagi lagi Dina terus semak keputusan SBP dan Dina dapat SM Sains Perempuan Seremban atau lebih dikenali sebagai Science Girls School (SGS) . Dapat asrama dekat dengan rumah. Hehehehehe..... Walaupun Dina tau Dina dapat SBP tapi Dina masih nak pergi interview MRSM. Menimba pengalaman lah katakan. Jadi sekarang secara rasminya Dina adalah pelajar SGS ! Nama batch Dina adalah Saffanah '1620. Nama rumah Dina ialah Villa Seri Kayangan (biru). Yang paling membanggakan Dina ialah Ketua Dorm (KD). Yeah ! Tinggal di asrama memang banyak pengalam yang boleh dapat. Masa mula-mula dulu masalah 'homesick' memang berleluasa. Dina memanglah 'homesick' tapi tak adalah sampai menangis bagai nak rak. Sedih simpan dalam hati saja... Huhuhuhuhuhu... sangat sedih. Masa hari pertama ibu bapa Dina tinggalkan Dina SBEBELUM MAKAN TENGAH HARI. Nasib baik ada akak ni baik dia tunjukkan mana Dewan Makan (DM). Memang tak ada selera langsung masa minggu pertama. Yang paling hebat Dina solat dekat musolla main block yang hanya akak-akak form 5 je duduk dekat situ. Dina sorang je form 1 masa tu. Rasa janggal lah jugak. Tapi dah lama-lama rasa gembira. Orientasi sebulan. Sebulan lah tak belajar. Hehehehehehe...... Pelajar first intake form 1 hanya 80 orang. Jadi akan ada pelajar form 1 second intake. First intake masuk 6 Januari 2016. Second intake masuk 15 Februari kalau tak silap. Tapi rasa memang silap pun. Memang rasa pelik sebab rasa makin ramai pelajar. Form 4 masuk sekali dengan form 1 second intake. Kiranya form 1 first intake ni lagi senior dari segi pengalaman laaa... berlagak sikit... Tapi biasalah perempuan walau macam mana rapat pun akan ada clique atau kata nama lainnya geng. Memang semua rapat tapi sentiasa akan ada bersama geng. Itu sahaja yang Dina mampu melalut malam buta ni. Sekian, terima kasih.