Thursday 17 March 2016

Pengalamanku di SGS

Assalamualaikum dan hai semua ! Virus malas menyerang menyebabkan Dina tak update blog. Jadi walaupun berita ni dah dikira lapuk Dina nak bagitau semua pembaca yang Dina dapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Alhamdulillah and yeahh !!! Dina mohon MRSM dan SBP. Pada 14 Disember 2015 yang lalu Dina menghadiri interview di MRSM Serting. Pada hari yang sama keputusan SBP telah keluar. Pagi pagi lagi Dina terus semak keputusan SBP dan Dina dapat SM Sains Perempuan Seremban atau lebih dikenali sebagai Science Girls School (SGS) . Dapat asrama dekat dengan rumah. Hehehehehe..... Walaupun Dina tau Dina dapat SBP tapi Dina masih nak pergi interview MRSM. Menimba pengalaman lah katakan. Jadi sekarang secara rasminya Dina adalah pelajar SGS ! Nama batch Dina adalah Saffanah '1620. Nama rumah Dina ialah Villa Seri Kayangan (biru). Yang paling membanggakan Dina ialah Ketua Dorm (KD). Yeah ! Tinggal di asrama memang banyak pengalam yang boleh dapat. Masa mula-mula dulu masalah 'homesick' memang berleluasa. Dina memanglah 'homesick' tapi tak adalah sampai menangis bagai nak rak. Sedih simpan dalam hati saja... Huhuhuhuhuhu... sangat sedih. Masa hari pertama ibu bapa Dina tinggalkan Dina SBEBELUM MAKAN TENGAH HARI. Nasib baik ada akak ni baik dia tunjukkan mana Dewan Makan (DM). Memang tak ada selera langsung masa minggu pertama. Yang paling hebat Dina solat dekat musolla main block yang hanya akak-akak form 5 je duduk dekat situ. Dina sorang je form 1 masa tu. Rasa janggal lah jugak. Tapi dah lama-lama rasa gembira. Orientasi sebulan. Sebulan lah tak belajar. Hehehehehehe...... Pelajar first intake form 1 hanya 80 orang. Jadi akan ada pelajar form 1 second intake. First intake masuk 6 Januari 2016. Second intake masuk 15 Februari kalau tak silap. Tapi rasa memang silap pun. Memang rasa pelik sebab rasa makin ramai pelajar. Form 4 masuk sekali dengan form 1 second intake. Kiranya form 1 first intake ni lagi senior dari segi pengalaman laaa... berlagak sikit... Tapi biasalah perempuan walau macam mana rapat pun akan ada clique atau kata nama lainnya geng. Memang semua rapat tapi sentiasa akan ada bersama geng. Itu sahaja yang Dina mampu melalut malam buta ni. Sekian, terima kasih.

Sunday 25 October 2015

Minta Maaf

Assalamualaikum and hai ! Dina nak mohon maaf dari semua orang sebab dah lama tak update blog ni. Sebelum UPSR memang Dina sibuk, Dina kena ulang kaji, buat kerja rumah dan latihan. Dina memang ada teringat nak update blog tapi sifat malas tu tiba-tiba muncul. Huhuhuhu.... Jangan marah yaaa... Berita terbaru sekarang Dina dah habis menjawab peperiksaan UPSR sebulan yang lalu. Alhamdulillah Dina dapat jawab itu pun ada beberapa soalan yang lama masa yang diambil untuk menjawab. Pada 16 November 2015 akan keluarlah keputusan peperiksaan UPSR Dina. Dina nak minta satu perkara saja iaitu tolong doakan Dina dapat 5A. Sekarang memang seram kalah cerita hantu. Dina dah mohon Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM. Tarikh tutup pemohonan dah makin hampir jadi kawan-kawan Dina yang ambil UPSR pada tahun ini kalau belum mendaftar cepat cepatlah daftar. Takut nanti bila lambat daftar lawan web tu jammed. Dapat ke tak 5A tu belakang cerita yang penting dah mendaftar. Sebelum Dina terlupa pada tarikh 31 Oktober ni sekolah Dina akan mengadakan Hari Sukan Tahunan Sekolah. Dina masuk acara perbarisan je. Dina sedar Dina ni bukannya aktif sukan sangat punn... Huhuhuhu.... Harap-harap tahun ni rumah sukan Dina iaitu Rumah Hijau akan menang ! Hidup Hijau !! (Warna kegemaran Dina pun hijau. Suratan atau kebetulan ? Cewahh !) Akhir tahun ni Dina busy sangat-sangat. 4 November nanti Dina ada majlis graduasi, excited gila Dina ! Rombongan ke Kedah dan Perlis bagi murid tahun 6 akan diakan pada 7,8,9 November. 3 hari 2 malam lah tak jumpa ibu bapa. Takpe takpe, ni namanya persediaan kalau masuk asrama tahun hadapan. In Shaa Allah dapat masuk, amin... I'm so excited for the trip (bajet speaking jappp) Dina dah tak sabar untuk masuk tingkatan 1. Tahun depan akan mulalah fasa baru dalam kehidupan Dina..... Terima kasih kerana sudi membaca celoteh Dina pada entry kali ini. Selamat berhujung minggu ! :D

Saturday 4 July 2015

Pra UPSR

Assalamualaikum semua ! Harini hari Sabtu. Maksudnya tinggal 3 hari lagi untuk Pra UPSR. Huhu.... Siap buat countdown lagi. Kena ulangkaji banyak sikit. Tapi sempat lagi Dina update blog. Hehe... Dina akan periksa dari hari Isnin hingga hari Khamis. Jadi sepanjang minggu depan Dina tidak akan update blog atau melawat blog ni. Sedihh kann ?? Dina akan ambil periksa dalam dewan 2. Dewan 2 sikit je orang tapi ramai kawan Dina ada dalam dewan 2. Happy sebab ada kawan tapi seram sebab nak periksa Pra UPSR. Ni baru Pra belum real punya UPSR. Tapi cikgu Dina cakap yang Pra UPSR lagi susah dari UPSR, dan Pra ni sama penting dengan UPSR. Haaa... seram takk ?? (Budak darjah 6 je kot yang seram) 5A dalam genggaman ! Aminn...

Thursday 2 July 2015

Percubaan UPSR 2015

Assalamualaikum semua ! Maaf Dina dah lama tak update blog. Huhu... Dina ada berita seram nak bagi tau..  Minggu depan hari Selasa Dina akan menduduki peperiksaan Percubaan UPSR. Seram kann ?? Meremang bulu roma ! 😨 Doakan Dina dapat 5A ya. Sebelum Dina mengundur diri izinkan Dina promote blog kawan Dina iaitu My Blog, My Story. Link dia caramembuatbloggy.blogspot.com . Ok tu jaa ceq nak cita kat hangpa semua. Ceq tak da idea nak tulih berjela-jela.

P/s: Study smart not hard

Wednesday 7 January 2015

Berjaya Times Square

Assalamualaikum semua... Cuti sekolah tinggal 4 hari jee... Uwa !! Sedihnya Dina... Rasa macam nak naik mesin masa pergi ke hari pertama cuti akhir tahun. Itu pun kalau mesin masa wujud lahh. Kan best kalau ada mesin masa ala-ala cerita Back To the Future gitu... Dina nak cerita cuti ni Dina pergi mana. Jeng jeng jeng... Dina pergi Berjaya Times Square Theme Park. Best ! Dina naik komuter dan LRT untuk pergi Berjaya Times Square (BTS). Bila sampai kat BTS Dina terus pergi makan. Dah habis makan jee terus beli tiket. Mahal kot tiket dia. Harga dia lebih kurang RM180. Dina pun ingat-ingat lupa je. Harga dia satu dewasa dengan MyKad RM38 dan satu kanak-kanak dengan MyKid RM28. Dina pergi BTS tuh dengan ayah,bonda dan dua orang abang. Jadi 4 dewasa 1 kanak-kanak lah. Waktu masuk tu rambang mata nak main yang mana satu dulu. Tapikan Dina tak main rollercouster sebab Dina tak suka sangat permainan yang kaki kat atas kepala kat bawah. Menyeramkan... Kalah cerita hantu. Tapi abang Dina kata rollercouster tu tak seram sangat. Pelik binti ajaib betul... Uiks... Itu jee lah yang Dina nak tulis. Peace No War !

Tuesday 6 January 2015

Promote

Assalamualaikum. Hari ini Dina nak promote. Ok. Benda pertama yang Dina nak promote ialah koleksi cerpen dan e-novel. Kalau nak tengok terjah sini www.novelmelayukreatif.com. Macam-macam ada... Hehehe... Yang kedua ialah seorang kawan Dina ni baru buat blog. Blog dia ni banyak cerita tentang K-Pop, jadi sesiapa yang peminat K-Pop dijemputlah singgah minum milo dulu kat blog dia. Nah ni link blog dia http://Alisyailyani12.blogspot.com.Btw nama kawan Dina ialah Alisya.Lagi satu, sepupu Dina ada blog. Blog tu banyak cerita tentang kehidupan di asrama. Tanpa membuang masa, ni link blog dia http://akwaawesome.blogspot.com. Kalau korang nak Dina promote bagi link dekat chat. Sekian terima kasih... Peace No War !