Wednesday 25 September 2013

KIDZANIA

Seronoknya. Hari yang di tunggu-tunggu hampir tiba. Dina nak pergi ke Kidzania dengan rombongan sekolah. Dina akan pastikan yang Dina akan bergembira dan seronok yang teramat seronok bila berada di sana nanti. Nak tau tak.. selepas cikgu Dina tangguhkan rombongan ni beberapa kali akhirnya hari Sabtu ni cikgu kata confirm pergi. Hati Dina ni rasa tak sabar sangat dah. Cikgu kata pakai baju sukan, Semalam kan Dina ngan ayah dan bonda pergi beli seluar trek warna biru, punya laa teruja sangat, harap-harap laaa tak ditangguhkan lagi, janganlaa ada apa-apa masalah yang timbul. Haaa nak tambah gembira lagi, cikgu kata ada pergi melawat kilang coklat, huyooo.. kilang coklat, nak tengok macam mana diorang buat coklat. Dina dah berangan dah nak makan coklat banyak-banyak kat sana sebab Dina ni boleh laa dikategorikan hantu coklat peminat coklat. Kalau Dina dah besar nanti Dina nak penuhkan fridge Dina dengan coklat. Ngee mesti korang seronok datang rumah Dina sebab dapat makan coklat yang sedap. Ok lah tunggu cerita yang menarik dari Dina minggu depan.




     

No comments:

Post a Comment