Saturday, 21 February 2015
Wednesday, 7 January 2015
Berjaya Times Square
Assalamualaikum semua... Cuti sekolah tinggal 4 hari jee... Uwa !! Sedihnya Dina... Rasa macam nak naik mesin masa pergi ke hari pertama cuti akhir tahun. Itu pun kalau mesin masa wujud lahh. Kan best kalau ada mesin masa ala-ala cerita Back To the Future gitu... Dina nak cerita cuti ni Dina pergi mana. Jeng jeng jeng... Dina pergi Berjaya Times Square Theme Park. Best ! Dina naik komuter dan LRT untuk pergi Berjaya Times Square (BTS). Bila sampai kat BTS Dina terus pergi makan. Dah habis makan jee terus beli tiket. Mahal kot tiket dia. Harga dia lebih kurang RM180. Dina pun ingat-ingat lupa je. Harga dia satu dewasa dengan MyKad RM38 dan satu kanak-kanak dengan MyKid RM28. Dina pergi BTS tuh dengan ayah,bonda dan dua orang abang. Jadi 4 dewasa 1 kanak-kanak lah. Waktu masuk tu rambang mata nak main yang mana satu dulu. Tapikan Dina tak main rollercouster sebab Dina tak suka sangat permainan yang kaki kat atas kepala kat bawah. Menyeramkan... Kalah cerita hantu. Tapi abang Dina kata rollercouster tu tak seram sangat. Pelik binti ajaib betul... Uiks... Itu jee lah yang Dina nak tulis. Peace No War !
Tuesday, 6 January 2015
Promote
Assalamualaikum. Hari ini Dina nak promote. Ok. Benda pertama yang Dina nak promote ialah koleksi cerpen dan e-novel. Kalau nak tengok terjah sini www.novelmelayukreatif.com. Macam-macam ada... Hehehe... Yang kedua ialah seorang kawan Dina ni baru buat blog. Blog dia ni banyak cerita tentang K-Pop, jadi sesiapa yang peminat K-Pop dijemputlah singgah minum milo dulu kat blog dia. Nah ni link blog dia http://Alisyailyani12.blogspot.com.Btw nama kawan Dina ialah Alisya.Lagi satu, sepupu Dina ada blog. Blog tu banyak cerita tentang kehidupan di asrama. Tanpa membuang masa, ni link blog dia http://akwaawesome.blogspot.com. Kalau korang nak Dina promote bagi link dekat chat. Sekian terima kasih... Peace No War !
2015
Assalamualaikum semua !! Hampir lupa yang Dina ada blog. Hahahaha !! Dah tahun 2015. Cepat je masa berlalu. Bla bla bla bla Dina dah darjah 6. Dina masuk kelas pertama 6 Arif. Akhir tahun darjah 5 Dina dapat nombor 1 dalam kelas dan darjah. Dina dapat 5A. Hanya dua orang dalam darjah yang dapat 5A. Tahun lepas tengok kakak-kakak dan abang-abang darjah 6 yang bertarung dalam dewan, sekarang ni giliran Dina pulak. Seram kot...
Good Luck untuk Dina !! Korang jemput lah like page Prof.Dina di Facebook. Ermm... Nak tulis apa lagi yee... Okeylah itu saja yang Dina nak cakap.Pece No War !!
p/s: Motto blog ini ialah Peace No War (baru terfikir nak buat motto blog)
Friday, 17 October 2014
Big Bad Wolf
Assalamualaikum ! Kan Dina ada cerita yang Dina nak pergi Big Bad WolF ( BBW ) . Memang tak rugi pergi sana. BBW ada sale kat Rapid Seremban 2. Dia beli dua buku saje sebab mak Dina kata bajet bawah RM20. Satu buku RM8 dua buku dah RM16. Kalau beli lagi satu dah RM24. lebih RM4 daa.. Dina beli buku Amped Daniel H.Wilson dan The Fifth Circle Of Heck Dale E.Basye. Dina baru habis baca buku Amped. The Fifth Circle Of Heck masih dalam proses. Kalau ada sale BBW jangan lupa pergi tau kalau korang tak pergi korang telah melakukan kesilapan yang paling besar ! Hanya gurauan semata-mata. Hehehe~ Kalau nak gambar Dina belum download lagi kat komputer, gambar tu ada kat handphone mak Dina. Masa Dina peri BBW tu Dina nampak banyak orang berebut-rebut (termasuk Dina) nak beli buku. Rambang mata buatnya, kalau ikutkan hati satu gudang tu Dina borong (kalau boleh laa). Ada yang bertingkat-tingkat buku dia. Nak ceritalah promosikat BBW tu memang kebabom. Bayangkan buku yang berharga RM51 boleh dapat RM8. Memang hebat kebabab0m ! Dina sebenarnya nak cari buku Hunger Games ia ada tiga buku dalam satu set. Dina nak baca Hunger Games yang ketiga Mockingjay. Ermmm.. Takpelah Dina tunggu movie keluar. Sabar je lah ! Lepastu Dina dapat penanda buku BBW bertulis Marvelous Minangkabau. Terbaik ...~
Sunday, 28 September 2014
Apa-apa Saje
Assalamualaikum ! Dina ada jumpa satu page lawak bahasa inggeris. Memang lawak lahh.. !! Rugi kalau tak tengok. Nama dia 9GAG.com kat FB pun ada. Lagi satu laman web untuk main game lak iaituY8.com , Kongerate.com dan FWG.com. Dan jangan lupa like page dina kat FB iaitu Prof.Dina kat page tu banyak Dina postkan gambar-gambar yang lawak. Page tuh Dina buat sendiri tau. Untuk pengatahuan semua blog ni Dina buat sendiri tak ada sesapa yang tolong. Dina cuma belajar tutorial nak cantikkan blog dekat blog orang lain yang lebih master dari Dina. Tu jee.. Penat kot nak buat blog nii... Huhh~ Kurang 3 kg (duduk depan komputer jee) Nampak sangat membongak 3 kg kurang. Kan kan kan .. :P Hari ni hari Ahad Dina tak ada plan sangat tetiba Dina nak beli buku cerita. Cadangannya nak pergi Big Bad Wolf kat Rapid Seremban 2. Tak sabar !! Banyak dah tajuk yang Dina nak beli contohnya Diary Of The Wimpy Kid dan cerita hantu BI. Kena banyak membaca buku BI untuk meningkat penguasaan BI. Periksa selaras 2 Dina dapat BI 78% 2 markah je lagi nak dapat BI A. Sipi-sipi dipidi jee.. Oh ya lagi 1 Dina pakai cermin mata lain sebab Dina pergi checkup mata doktor kata power mata Dina dah menurun. Sebab perubahan kornea mata. Camtuu lahh Dina bukan faham sangat pun.. Hohoo.. Nanti ada masa Dina post a,bar yang ,enarik ehh.. :D
Lagu Hit
Assalamualaikum. Jadi Dina dah lama tak bukak blog sebab tak ada masa. Kesiann... Baru darjah 5 dah tak ada masa kalau darjah enam macam mana lahh ehh..? Ok Dina nak umumkan pemenang Lagu Hit bagu bulan 7 dan 8 jatuh kepada.......In Summer oleh Olaf Frozen !!! :D
Subscribe to:
Posts (Atom)